Tips Array di dalam JavaScript Bahagian 1
Salam. Setuju tak yang mana Array dalah sesuatu yang wajib kita tahu? Array berada di mana-mana. Tak kira la apa programming language yang kau guna, pasti kita akan berdepan dengan Array. Post ini aku akan kongsikan beberapa tips untuk mengendali Array. Kau tak perlukan 3rd party library untuk mencapai sesuatu dengan Array.
Destructure array
Digunakan untuk kita extract element dari array JS. Secara tradisional, kita akan gunakan index array itu untuk extract 1 element dari array JS. Contoh di bawah:
const haiwan = ["ayam", "kucing", "lembu"];
const ayam = haiwan[0];
console.log(ayam); // "ayam"
const kucing = haiwan[1];
console.log(kucing); // "kucing"
const lembu = haiwan[2];
console.log(lembu); // "lembu"
Dengan adanya desctructure Array mulai dari ES6 (aku rasa la mula di version ni), nak extract element dari array jadi lebih mudah”
const [ayam, , lembu] = ["ayam", "kucing", "lembu"];
console.log(ayam); // "ayam"
console.log(lembu); // "lembu"
Salin array
Seperti yang kita tahu, array & object di JavaScript bukanlah primitive data type tetapi complex data type. Jadi setiap variable baharu yang di ‘assign’ adalah reference pointer kepada variable asas:
// primitive data type
let a = "ayam";
let b = a;
console.log(b); // "ayam"
b = "lembu";
console.log(a); // "ayam"
console.log(b); // "lembu"
// complex data type;
let a = ["a", "b", "c"];
let b = a;
b[1] = "z";
console.log(a); // ["a", "z", "c"];
console.log(b); // ["a", "z", "c"];
Jadi untuk salin value pada complex data type secara betul (bukan hanya reference pada variable asal) adalah dengan menggunakan spread operator:
let a = ["a", "b", "b" "c"];
let b = [...a];
b[1] = "z";
console.log(a); // ["a", "b", "b" "c"];
console.log(b); // ["a", "z", "b", "c"];
Salin array dengan value yang unik
let a = ["a", "b", "b" "c"];
let b = [...new Set(a)];
console.log(a); // ["a", "b", "b" "c"];
console.log(b); // ["a", "b", "c"];
Setakat ini saja tips untuk post kali ini. Part 2 akan menyusul secepat mungkin 🙂
Ulasan
Catat Ulasan